Cuzzy Perkenal XBB.TV
Berita Harian Newspaper
8th July 2005

Cuzzy Advanced Convergence Laboratories Sdn Bhd mengumumkan pelancaran XBB.TV khidmat televisyen digitalnya yang baru.

Cuzzy XBB.TV menawarkan hampir 1,000 stesen radio and lebih 500 stesen televisyen secara terus ke komputer dan TV digital melalui penyambungan jalur lebar.

ketua Eksekutif XBB.TV, Jeffrey Raj, berkata ia akan meningkatkan minat dalam penggunaan jalur lebar, memenuhi aspirasi kerajaan dalam Pelan Jalur Lebar Negara setelah orang ramai akan mengguna pakai penyambungan jalur lebar bagi menikmati perkhidmatan berkenaan.

Beliau berkata, kadar penggunaan jalur lebar yang rendah di Malaysia yang kini pada 0.7 peratus disebabkan ketiadaan banyak aplikasi bagi jalur lebar.

“Pelancaran XBB.TV di Malaysia bermakna lebih daripada hanya satu lagi tawaran TV. Kesannya akan ketara pada masyarakat, industri dan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Raj berkata perkhidmatan XBB.TV (yang boleh didapati pada www.xbb.tv) tidak memerlukan cakera satelit, antena khas atau kabel.