Khidmat XBB.TV Diperkenal
Tawaran 500 Stesen Televisyen Digital Jalur Lebar Percuma di Malaysia
Kosmo Newspaper
29th June 2005

KUALA LUMPUR - Cuzzy Advanced Convergence Laboratories Sdn Bhd mengumumkan pelancaran XBB.TV, khidmat televisyen digitalnya yang baru.

Menurut Cuzzy, XBB.TV menawarkan hampir 1,000 stesen radio dan lebih 500 stesen televisyen secara terus ke komputer dan TV digital melalui panyambungan jalur lebar.

Ketua Pegawai Eksekutif XBB.TV Jeffrey Raj berkata ia akan meningkatkan minat dalam panggunaan jalur lebar, memenuhi aspirasi kerajaan dalam Pelan Jalur Lebar Negara setelah orang ramai akan mengguna pakai penyambungan jalur lebar hag menikmati perkhidmatan berkenaan.

Beliau berkata, kadar penggunaan jalur lebar yang rendah di Malaysia yang kini pada 0.7 peratus terutamanya disebabkan oleh tiada “aplikasi hebat” bagi jalur lebar.

“Pelancaran XBB.TV di Malaysia bermakna lebih daripada satu lagi tawaran TV. Kesannya akan ketara pada masyarakat, industri dan ekonomi,” kata Raj dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata dengan tawaran siaran secara langsung itu daripada pelbagai pelosok dunia, XBB.TV membolehkan penggunanya menonton banyak saluran baru bebas dan kecil di seluruh dunia.

Raj berkata perkhidmatan XBB.TV (yang boleh didapati pada www.xbb.tv) tidak memerlukan cakera satelit, antena khas atau kabel.

“Apa yang diperlukan ialah menyambungan jalur lebar dan yang paling menarik bagi XBB.TV ialah ia percuma,” kata beliau lagi.