| KUALA LUMPUR, Selasa - Cuzzy
Advanced Convergence Laboratories Sdn Bhd mengumumkan pelancaran
XBB.TV khidmat televisyen digitalnya yang baru.
Menurut Cuzzy, XBB.TV menawarkan hampir 1,000 stesen radio
dan lebih 500 stesen televisyen secara terus ke komputer dan
TV digital melalui panyambungan jalur lebar.
Ketua Pegawai Eksekutif XBB.TV Jeffrey Raj berkata ia akan
meningkatkan minat dalam panggunaan jalur lebar, memenuhi
aspirasi kerajaan dalam Pelan Jalur Lebar Negara setelah orang
ramai akan mengguna pakai penyambungan jalur lebar hag menikmati
perkhidmatan berkenaan.
Beliau berkata kadar penggunaan jalur lebar yang rendah di
Malaysia yang kini pada 0.7 peratus terutamanya disebabkan
oleh tiada “aplikasi hebat” bagi jalur lebar.
“Pelancaran XBB.TV di Malaysia bermakna lebih daripada
satu lagi tawaran TV. Kesannya akan ketara pada masyarakat,
industri dan ekonomi,” kata Raj dalam satu kenyataan
hari ini.
Beliau berkata dengan tawaran siaran secara langsung itu
daripada pelbagai pelosok dunia, XBB.TV membolahkan penggunanya
menonton banyak saluran baru bebas dan kecil di seluruh dunia.
Raj berkata perkhidmatan XBB.TV (yang boleh didapati pada
www.xbb.tv) tidak memerlukan cakera satelit, antena khas atau
kabel.
“Apa yang diperlukan ialah menyambungan jalur lebar
dan yang paling menarik bagi XBB.TV ialah ia percuma,”
kata beliau lagi. |