Mata Kasar, Telefon Bimbit Semak Status Rakyat Asing
Utusan Malaysia Newspaper
9th December 2006

PUTRAJAYA 8 Dis

Mulai tahun depan, pegawai imigresen. dan agensi penguat kuasa lain boleh memastikan ketulenan kad identiti rakyat asing hanya dengan mata kasar.

Selain itu mereka juga boleh menyemak status pekerja asing yand diperiksa secara tahan terus menggunakan telefon bimbit.

Kedua-dua kaedah tersebut merupakan antara ciri-ciri untuk terdapat pada Kad Identiti Imigresen baru yg akan mula digunakan bulan depan.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Daruk Seri Radzi Sheikh Ahmad berkata, ia akan menggantikan kad identiti sedia ada iaitu Kad Pekerja Asing, Kad Pembantu Rumah, Kad Pelajar Asing, Kad Pegawai Dagang dan Kad Malaysia Rumah Keduaku.

Menurutnya, kad yg memiliki 17 ciri keselamatan fizikal ketat itu akan menjaminnya tidak boleh ditiru.

"Antara ciri-ciri tersebut ialah ghost image bagi gambar,teks mikro, logo Imigresen bagi gambar tersembunyi yg boleh dilihat di bawah cahaya ultra violet(UV), peta Malaysia pada lapisan atas kad dan cetakan teks menggunakan ukuran laser.

"Ciri-ciri keselamatan lain biarlah menjadi rahsia untuk kegunaan pegawai penguat kuasa Imigresen semasa operasi,"katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sistem Kawalan Biometrik dan Kad Identiti Imigresen di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Dom; Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat dan Pengarah Urusan Multimedia Glory Sdn.Bhd. (MGSB), K. Lalitha.

Kad Identiti Imigresen direka oleh MGSB, iaitu sebuah syarikat tempatan berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC).

Radzi memberitahu, buat permulaan, penggunaan kad berkenaan akan diwajibkan ke atas setiap pelajar asing diikuti pekerja asing.

Katanya, tiada bayaran dikenakan untuk memproses kad tersebut dan ia boleh dipohon semasa hendak memperbaharui visa atau permit.

Sementara itu, Sistem Kawalan Biometrik yang dilancarkan terdiri daripada Sistem Biometrik Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan Sistem Pemantauan Pekerja Asing (Forms).
Sistem Biometrik PATI beroperasi di semua depot Imigresen seluruh negara.

PATI yang ditahan akan diambil biometrik meraka dan direkodkan setiap aktiviti sepanjang tahanan sehingga dihantar pulang ke negara asal.

Sistem Forms pula merekodkan data biometrik pekerja asing.
Buat masa ini, data biometrik pekerja asing didaftarkan di semua pintu masuk utama ketika mereka mula memasuki negara ini.