
KUALA LUMPUR 16 April – Sistem ranking melibatkan 10,000
sekolah akan di perluaskan di seluruh Negara menjelang 2010
bertujuan memudahkan ibubapa membuat pilihan sekolah terbaik
untuk anak-anak meraka.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussei berkata,
langkah itu perlu berikutan wujud kekeliruan di kalangan ibu
bapa ketika ini mengenai sekolah terbaik untuk anak-anak mereka.
Beliau berkata, kekeliruan tersebut berpunca daripada wujudnya
pelbagai kategori sekolah seperti sekolah kebangsaan, sekolah
agama, sekolah bestari dan sekolah kluster.
Sistem ranking bertujuan mengukur tahap bestari sesebuah
sekolah berasaskan Piawaian Kelayakan Sekolah Bestari (SSQS)
yang kini diguna pakai oleh SS sekolah bestrair di seluruh
Negara.
Kita berharap menjelang tahun 2010, tiada lagi sekolah bestari
di bawah Multimedia Development Corporation (MDEC) dan luster
di bawah kementerian.
“Semua sekolah sebaliknya adalah berasaskan piawaian
kecemerlangan yand diterima di peringkat antarabangsa,”katanya
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri
majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Sekolah Bestari
Malaysia 2007 oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak di sini hari ini.
SSQS adalah sistem piawaian bagi menilai penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) di SS sekolah bestari membabitkan
penggunaannya dalam pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran
, sumber manusia, aplikasi dan infrastruktur.
Sekolah yang mematuhi lebih dariadpa SO peratus piawaian
itu akan diberikan lima bintang , 71-80 peratus (empat bintang),
61-70 peratus (tiga bintang), 50-60 peratus (dua bintang)
dan di bawah 50 peratus (satu bintang).
Projek rintis SS sekolah bestari dilancarkan Julai 1997 sebagai
salah satu aplikasi perdana projek Koridor Raya Multimedia
(MSC).
Menurut Hishammuddin, pihaknya memerlukan lebih masa sebelum
melaksanakan SSQS di semua sekolah kerana ingin memberi tumpuan
bagi menyediakan kemudahan ICT di sekolah luar bandar bagi
memastikan ia tidak ketinggalan.
Terdahulu dalam ucapannya , beliau berkata, sebanyak 1,500
sekolah di negara ini kini mempunyai pusat akses Internet
menggunakan konsep kafe siber bagi menggalakkan pelajar menggunakan
ICT.
Katanya, pusat akses itu adalah sebagai tambahan kepada 5,200
makmal computer sekolah yang telah dibina di seluruh negara.
Tambah beliau, pihaknya juga menetapkan sasaran untuk mengurangkan
nisbah sebuah computer untuk 40 pelajar sekarang kepada satu
untuk 20 orang secepat mungkin.
|