| Prasarana Cyberjaya dipertingkat |
| Berita Harian Newspaper |
| 29th January 2007 |
 |
Cyberjaya: Kerajaan akan meningkatkan usaha menjadikan
Bandar pintar Cyberjaya di sini sebagai pusat operasi perniagaan termasuk
menyediakan kemudahan, selaras perkembangan global dalam sektor teknologi,
maklumat dan komunikasi (ICT).
Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata kerajaan merancang membangunkan projek infrastruktur sokongan dan kemudahan sosial bagi mewujudan persekitaran kondusif untuk bekerja di Cyberjaya.“Ini termasuk membangunkan kediaman mampu milik, sekolah antarabangsa dan kemudahan kesihatan.“Kita sdang bekerjasama rapat dengan Kerajaan Selangor untuk mempercepatkan pelaksanaannya,” katanya ketika merasmikan Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya, kemudahan terbaru di Bandar pintar ini malam kelmarin.
Turut hadir Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang juga Pengerusi Cyberview Sdn Bhd, Tan Sri Izzuddin Dali dan Pengarah Urusan Cyberview Sdn Bhd, Redza Rafiq Abdul Razak.
Kelab dibangunkan Cyberview Sdn Bhd dengan kos RM23 juta itu menyediakan kolam renang, tempat latihan golf, gimnasium, gelanggang badminton, tenis, skuasy, bola keranjang, ping pong dan futsal serta dewan serba guna. Semua kemudahan boleh digunakan dengan kadar bayaran berpatutan. |
|
|