
Pada pandangan kasar, penubuhan Koridor Raya Multimedia(MSC Malaysia)
dilihat hanya sebagai asas pembangunan industri teknologi komunikasi
maklumat(ICT) di negara ini.
Bagi penggiat industri teknologi komunikasi maklumat
(ICT) di negara ini, MSC Malaysia dilihat sebagai tapak yang menawarkan
pelbagai peluang, kejayaan dan kegemilangan.
Ramai yang memanfaatkan peluang ini dengan melahirkan pelbagai
inovasi baru dan meraih kejayaan di dalam dan luar negara.
Setiap tahun, MSC Malaysia mengiktiraf syarikat tempatan yang sudah
merekodkan kejayaan cemerlang dalam bidang masing-masing.
Seterusnya diberi peluang untuk mengenengahkan inovasi mereka pada
peringkat antarabangsa menerusi anugerah Koridor Raya Multimedia
APICTA(MSC-APICTA).
Selama tujuh tahun sejak penubuhannya, lebih 100 anugerah diberikan
kepada perintis inovasi ICT tempatan yang cemerlang.
Mereka menunjukkan keputusan yang cemerlang dalam perniagaan, pengurusan
dan pemasaran. Mereka adalah penginovasi yang meneraju industri
ICT tempatan dengan produk dan ciptaan baru.
Ada yang berjaya disenaraikan di bursa saham tempatan, malah ada
yang menjadi pesaing pada pasaran ICT antarabangsa.
Pemenang Anugerah MSC- APICTA akan mewakili Malaysia pada peringkat
antarabangsa di Asia Pacific ICT Awards (APICTA).
Mereka bertanding dengan syarikat ICT yang inovatif dari 16 buah
negara anggota Asia Pacific ICT Alliance termasuk Malaysia iaitu
Australia,Brunei,China,Hong Kong,India,Indonesia,Korea,Macau,Myanmar,Pakistan,Filipina,Singapura,Sri
Lanka,Thailand dan Vietnam.
Terbaik di kalangan terbaik
Tahun ini, sebanyak 18 anugerah diberikan kepada penggiat ICT tempatan
yang cemerlang dalam kategori masing-masing.
Select-TV Sdn Bhd pulang sebagai pemenang besar tahun ini selepas
berjaya merangkul Anugerah Perdana Menteri Terbaik Di Kalangan Terbaik
menerusi produk yang menyumbang kepada sektor pelancongan dan hospitaliti.
Customer Experience Solution (CXS) ialah perisian yang menggabungkan
22 fungsi hiburan seperti 'Movies on Demand','Music on Demand' dan
'Arcade game' yang digunakan di hotel, kapal pelancongan dan kapal
terbang komersial.
Produk yang meraih perhatian hakim MSC-APICTA dan orang ramai ini
sudah dipasarkan ke Eropah, Timur Tengah dan Asia Tenggara.
Meneraju bidang baru
Dipopularkan menerusi siri penyiasatan di televisyen, bidang forensik
kini semakin mendapat minat dan perhatian negara di negara ini.
Sehubungan itu iGENE Sdn Bhd membuka laluan dan mendalami bidang
ini.
Merangkul anugerah merit untuk kategori penjagaan kesihatan terbaik,INFOPSY:Digital
Autopsy Software Solution adalah perisian yang membolehkan pembedahan
dilakukan secara maya.
Inovasi ini membolehkan penyiasatan forensik membuat penemuan dengan
lebih cepat dan mendalam. Rancangan dibuat untuk mengeksport produk
ini ke Kuwait dan Filipina.
Teknologi dan keselamatan
Comintel Sdn Bhd mencipta produk yang dilihat sebagai penyelesaian
kepada masalah untuk memantau pergerakan dan aktiviti kenderaan.Menggabungkan
sains dan keselamatan, The Intelligent Comintel Tracer ialah sistem
mengesan dan mengenal pasti kenderaan walau di mana saja.
Dinobatkan dengan anugerah aplikasi komunikasi terbaik, produk
ini mendapat sokongan Polis Diraja Malaysia dengan rancangan memasarkannya
ke rantau Asia Tenggara.
Merevolusi pentadbiran kerajaan
Platform elektronik yang bijak dapat membantu mewujudkan persekitaran
yang cepat dan mudah serta meningkatkan kecekapan di pejabat kerajaan
di seluruh negara.
YES Enviro Management Sdn Bhd dipilih sebagai terbaik di dalam
kategori kerajaan elektronik dan perkhidmatan menerusi produknya,i2
System, i2 Sysem berjaya mengubah dan memudahkan urusan pentadbiran
kerajaan di seluruh negara. Proses pengesahan kini dipercepatkan
dan permohonan dipermudah.
Dengan adanya sistem itu, imej dan persepsi awam terhadap jabatan
dan persepsi awam terhadap jabatan dan pejabat kerajaan dapat diperbaharui.
Merapatkan jurang digital
Selain inovasi yang dapat membantu sektor komersial,MSC Malaysia
juga mengenal pasti kemajuan dan kejayaan di dalam bidang penyelidikan
dan pembangunan.
Tahun ini,Alif R&D dipilih sebagai pemenang kategori penyelidikan
dan pembangunan kategori penyelidikan dan pembangunan menerusi Ezeephone.
Ezeephine ialah kiosk eletktronik persendirian, iaitu aplikasi
prabayar yang membolehkan orang ramai berhubung ke internet, Menggabungkan
aplikasi Mykad, produk ini menawarkan pelbagai kemudahan - dari
mengemaskinikan akaun sehingga pemindahan wang antara akaun.
Mencapai gemilang
MSC-APICTA bukan saja membuka pelbagai peluang kepada syarikat
ICT tempatan,malah lebih banyak pihak sama ada yang terbabi secara
lansung atau tidak lansung dengan industri ini.
Selain kategori di atas, pengiktirafan juga diberikan kepada inovasi
dalam bidang baru. Penghargaan dan pengiktirafan juga diberikan
kepada syarikat baru yang tekun dan inovatif menerusi anugerah usahawan
dan syarikat ICT baru terbaik.
MSC Malaysia juga tidak melupakan golongan pelajar yang menjadi
pelapis industri ini pada masa hadapan. Diharap menerusi kategori
anugerah Projek Pelajar peringkat Universiti-Perisian & Perkakas
dan Multimedia Kreatif; dan Projek Pelajar Menengah dan Rendah,
dapat mencungkil lebih ramai penggiat ICT di kalangan pelajar dan
pada masa memberi mereka pendedahan bermanfaat.
MSC-APICTA boleh dijadikan sebagai tanda aras industri ICT di negara
ini. Namun begitu, dengan pengiktirafan ini mereka yang menerimanya
tidak boleh mengambil mudah serta berasa puas hati dengan pencapaian
masa kini dan berhenti setakat itu saja.
Anugerah itu haruslah dilihat sebagai pemangkin untuk terus meneroka,bersaing,mencipta
dan meningkatkan kecemerlangan.
Melangkah memasuki tahun yang baru, MSC Malaysia berharap agar
industri ICT di negara ini akan terus berkembang sehingga mampu
mengubah negara ini sepenuhnya untuk berdaya saing pada peringkat
global.
|